Skip to content

Seksyen 38

Seksyen 126 Akta ibu dipinda—

of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026

Amendment ActIn forceProvision 38 of 41
Seksyen 38

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan

“atau memberikan lesen”;

Pengangkutan Jalan (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“atau memberi lesen atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut kepada” dengan perkataan “atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut kepada”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau dilesenkan”

di mana-mana jua terdapat;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu;

(iii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;

dan

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

perenggan yang berikut:

“(f) untuk mengawal selia pelaksanaan fungsi pegawai pengangkutan jalan oleh orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)

dan untuk menetapkan apa-apa penalti bagi ketidakpatuhan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1).”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan

“atau dilesenkan”;

(e)

dalam perenggan (5)(c), dengan menggantikan perkataan

“pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya”

dengan perkataan “pegawai pengangkutan jalan”;

(f)

dalam subseksyen (7)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau dilesenkan”;

(ii)

dengan memotong perkataan “atau lesen”; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1794

(iii)

dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”

dengan perkataan “tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya”; dan

(g)

dalam subseksyen (8), dengan memotong perkataan

“atau diberi lesen”.

Pindaan seksyen 126a