Seksyen 31
Seksyen 112 Akta ibu dipinda—
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
(a)
dalam subseksyen (1), dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “44, 45, 45a atau 50” dengan perkataan “42a, 44, 45, 45a, 50 atau 108”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Jika mana-mana kenderaan mikromobiliti ditahan di bawah subseksyen (3), pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas hendaklah memberikan notis secara bertulis bagi penahanan itu kepada pemunya atau pengguna kenderaan mikromobiliti itu dan jika kenderaan mikromobiliti itu tidak dituntut oleh pemunya atau penggunanya dalam masa satu bulan dari tarikh penahanan itu, pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas hendaklah, melalui permohonan bertulis
Pendakwa Raya, dengan serta-merta merujuk kepada
Majistret yang hendaklah membuat suatu perintah bagi pelupusan kenderaan mikromobiliti itu.
(5)
Tertakluk kepada subseksyen (4), Majistret hendaklah membuat suatu perintah bagi pelupusan kenderaan mikromobiliti itu dan apa-apa hasil daripada pelupusan itu hendaklah dilucuthakkan ke dalam hasil Kerajaan Persekutuan.”.