Seksyen 34
Pindaan seksyen 119
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
Subseksyen 119(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan” dengan perkataan “didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun”.
Pindaan seksyen 119b