Seksyen 2
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dalam takrif “jalan”, dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “seksyen 41, 42, 43, 44, 45 dan 45a,”
dengan perkataan “seksyen 41, 42, 42a, 43, 44, 45, 45a,
48 dan 65,”;
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1794
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “jalan” takrif yang berikut:
‘ “kawasan diisytiharkan” ertinya mana-mana kawasan pendaftaran yang diisytiharkan oleh
Menteri sebagai suatu kawasan diisytiharkan di bawah subseksyen 16(1d);’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “lesen belajar memandu” takrif yang berikut:
‘ “lesen kenderaan motor” ertinya suatu lesen kenderaan motor yang diberikan di bawah seksyen 16
dalam apa-apa bentuk;’;
(d)
dalam takrif “lesen memandu”, dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah seksyen 29” perkataan
“dalam apa-apa bentuk”;
(e)
dalam takrif “lesen vokasional”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 56 dan 57” perkataan
“dalam apa-apa bentuk”;
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “mesej elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];’; dan
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “Presiden” takrif yang berikut:
‘ “sistem memproses maklumat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Aktiviti
Kerajaan Elektronik 2007;’.