Seksyen 5
Pindaan seksyen 10
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
Amendment ActIn forceProvision 5 of 41
Seksyen 5
Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tiada suatu pun kenderaan motor boleh didaftarkan kecuali—
(a)
berhubung dengan suatu kenderaan motor, kenderaan motor itu mempunyai nombor enjin dan nombor casis yang terang, jelas dan tidak terusik;
(b)
berhubung dengan suatu kenderaan motor elektrik, kenderaan motor elektrik itu mempunyai nombor siri kenderaan motor elektrik dan nombor casis yang terang, jelas dan tidak terusik; dan
(c)
fi yang ditetapkan telah dibayar.”.