Seksyen 26
Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan pekebun kecil atau estet
of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
ActIn forceProvision 46 of 77
Seksyen 26
(1)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, secara bertulis, mengisytiharkan—
(a)
seseorang atau segolongan orang sebagai pekebun kecil; atau
(b)
seseorang atau segolongan orang sebagai pemunya manama estet.
(2)
Menteri boleh, dalam suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat, batasan atau sekatan.
(3)
Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa dipinda atau dibatalkan oleh Menteri.