Seksyen 30
Arahan untuk mendapatkan balik bayaran
of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
Jika suatu arahan untuk memberhentikan pemberian apa-apa bantuan dibuat di bawah seksyen 29, Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan balik daripada orang yang dinyatakan dalam arahan itu suatu amaun wang yang hendaklah juga dinyatakan dalam arahan itu dan yang merupakan nilai atau sebahagian daripada nilai bantuan yang telah diberikan di bawah Skim itu, dan Pihak Berkuasa hendaklah kemudiannya dengan segera mengambil segala langkah yang perlu untuk mendapatkan balik amaun tersebut.
(2)
Peruntukan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi suatu Skim walaupun Skim itu telah tamat tempoh.
(3)
Orang yang dinyatakan oleh Menteri dalam arahannya di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada—
(a)
peserta dalam Skim itu;
(b)
ejen peserta itu; atau
(c)
orang yang menerima bantuan bagi pihak peserta itu.
(4)
Amaun wang yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa daripada orang yang dinyatakan dalam arahan itu dan Pihak Berkuasa berhak memulakan apa-apa tindakan atau prosiding yang perlu untuk mendapatkan balik amaun wang itu.
(5)
Tiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini.