Skip to content

Seksyen 29

Arahan untuk memberhentikan pemberian bantuan

of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972

ActIn forceProvision 49 of 77
Seksyen 29
(1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa penjalanan mana-mana Skim dengan sepatutnya dan efisien telah pada bila-bila masa terjejas atau sedang jejas dengan penyertaan mana-mana orang dalam Skim itu, Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa untuk memberhentikan pemberian apa-apa bantuan yang mungkin boleh diterima atau telah diterima oleh orang itu di bawah Skim itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pemberhentian itu dan Pihak Berkuasa hendaklah kemudiannya berhenti memberikan bantuan itu.

(2)

Peruntukan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi suatu Skim walaupun Skim itu telah tamat tempoh.

(3)

Tiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini.