Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian VI · Skim
28. Kuasa Menteri untuk mengarahkan pemberhentian bantuan atau mendapatkan balik nilai bantuan
Feedback & supportMenteri boleh, mengikut seksyen 29 atau 30, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan Pihak Berkuasa untuk memberhentikan pemberian apa-apa bantuan, atau mendapatkan balik apa-apa jumlah wang yang merupakan nilai atau sebahagian daripada nilai apa-apa bantuan yang diberikan, di bawah peruntukan Akta ini, yang merupakan bantuan yang boleh diterima atau telah diterima, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana Skim.