Skip to content

Seksyen 27

Skim untuk pekebun kecil atau estet

of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972

ActIn forceProvision 47 of 77
Seksyen 27
(1)

Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, menetapkan suatu Skim bagi faedah pekebun kecil atau estet.

(2)

Suatu Skim yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) bolehlah termasuk peruntukan bagi bantuan, promosi atau galakan penanaman semula, penanaman baru tumbuhan getah atau, jika pada pendapat Pihak Berkuasa demi kepentingan perusahaan getah wajar peruntukan sedemikian dibuat, penanaman tanaman lain yang hendaklah dinyatakan dalam Skim.