Seksyen 4B
Anggota silih ganti
of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
Menteri boleh melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(b) hingga 4(j) untuk menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa sebagai ganti anggota itu jika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Anggota silih ganti yang hendak dilantik berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(b) hingga 4(j) hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu.
(3)
Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Pihak Berkuasa.
(4)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia ialah anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa.