Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2016

Bahagian II · Penubuhan Pihak Berkuasa

4F. Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa

Feedback & support
(1)

Pihak Berkuasa boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, membuat pendahuluan, menubuhkan perbadanan atau membuat peraturan-peraturan, kepada—

(a)

mana-mana anggota Pihak Berkuasa;

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa; atau

(c)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pihak Berkuasa sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah—

(a)

kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa di bawah seksyen $ 1 1 ^{A B} $ ; dan

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Pihak Berkuasa sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Pihak Berkuasa

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Pihak Berkuasa

Bahagian VI

Skim

Bahagian VII

Bahagian VII Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules