Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2016

Bahagian II · Penubuhan Pihak Berkuasa

4c. Section 4c

Feedback & support
(1)

Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Pihak Berkuasa selain Ketua Pengarah untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (1) tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa, anggota yang dilantik di bawah perenggan $ 4 ( b ) $ atau anggota silih gantinya, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.

(4)

Jika pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Pihak Berkuasa

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Pihak Berkuasa

Bahagian VI

Skim

Bahagian VII

Bahagian VII Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules