Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2016

Bahagian II · Penubuhan Pihak Berkuasa

4G. Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Pihak Berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di manamana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apaapa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(6)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(7)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(8)

Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pihak Berkuasa.

(9)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Pihak Berkuasa

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Pihak Berkuasa

Bahagian VI

Skim

Bahagian VII

Bahagian VII Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules