Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian II · Penubuhan Pihak Berkuasa
4E. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik oleh Menteri hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 4.