Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

63. Penggantian Jadual 1

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 1 dengan

Jadual yang berikut:

“Jadual 1

Bahagian 1

[Seksyen 2]

(a)

suatu syarikat awam tersenarai atau suatu perbadanan disenaraikan pada bursa saham;

(b)

suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(c)

suatu penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013;

(d)

seseorang pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(e)

suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;

(f)

suatu institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 atau 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

(g)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta

Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(h)

seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi penjalanan aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang;

(i)

suatu syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(j)

suatu bursa yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(k)

suatu depositori pusat yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(l)

suatu pusat penjelasan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(m)

suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf di bawah undang-undang sekuriti;

(n)

suatu pentadbir skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(o)

suatu repositori dagangan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(p)

Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal;

(q)

mana-mana orang lain yang, boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 52

Bahagian 2

(a)

suatu skim persaraan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(b)

suatu skim unit amanah yang diluluskan, diberi kuasa atau diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(c)

mana-mana dana pasaran modal lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”.

Report