Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran

13. Permohonan bagi pendaftaran

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan selepas bulan yang dia bertanggungan untuk berdaftar sebagaimana yang disebut dalam perenggan 12(2)(a)

atau (b) atau subseksyen 12(3).

Cukai Perkhidmatan 27

(2)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,

Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara

Ketua Pengarah dengan orang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.

(4)

Jika mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1),

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan