Seksyen 14
Pendaftaran sukarela
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
ActIn forceProvision 15 of 124
Seksyen 14
(1)
Mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukannya tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
(3)
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
28
Undang-Undang Malaysia