Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran

20A. Perubahan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Jika orang berdaftar membuat suatu pemberitahuan di bawah seksyen 19, Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu dari tarikh orang berdaftar itu berhenti menjalankan perniagaan yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai.

(2)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 19 dan Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu dari tarikh orang berdaftar itu berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari orang itu didaftarkan⎯

(a)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, orang itu telah tidak bertanggungan untuk

38

Undang-Undang Malaysia berdaftar di bawah seksyen 12, telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti untuk memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; atau

(b)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, orang itu telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai,

Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada orang itu.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan