Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran
19. Pemberitahuan pemberhentian tanggungan
Feedback & support(1)
Seseorang yang berdaftar di bawah seksyen 13 atau 14—
(a)
yang berhenti menjalankan perniagaan yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; atau
(b)
yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu Ketua
Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu dan tarikh
36
Undang-Undang Malaysia pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.