Seksyen 18
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana orang berdaftar hendaklah terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar pada akhir mana-mana bulan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu (selepas ini disebut sebagai “tempoh dua belas bulan”) tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah perenggan 12(1)(b).
(2)
Seseorang orang berdaftar tidak terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar menurut kuasa subseksyen (1) jika
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebab bagi jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah perenggan 12(1)(b) adalah dalam tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1) dia berhenti sementara daripada memberikan perkhidmatan bercukai itu, atau menggantung pemberian perkhidmatan bercukai itu, bagi tempoh tiga puluh hari atau lebih.
(3)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.