Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian XI · Perbicaraan dan Prosiding
65. Keterangan melalui perakuan, dsb
Feedback & supportApa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa—
seseorang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini;
apa-apa penyata atau perisytiharan tidak dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh;
apa-apa cukai perkhidmatan yang ditunjukkan sebagai genap masa dan kena dibayar dalam apa-apa penyata, perisytiharan atau taksiran tidak dibayar;
apa-apa penalti dan amaun penalti yang ditunjukkan sebagai terhutang daripada seseorang yang dinamakan dalam perakuan itu; atau
apa-apa ketetapan umum dibuat di bawah seksyen 41 atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.
94
Undang-Undang Malaysia