Seksyen 69
Perintah mahkamah
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu supaya membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakukan oleh
Ketua Pengarah dan cukai perkhidmatan atau penalti itu hendaklah didapatkan semula mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun
Tatacara Jenayah.
(2)
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar itu, atau penalti yang kena dibayar itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam segala hal sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada
Ketua Pengarah.
Cukai Perkhidmatan 97
(3)
Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini menurut seksyen 85 berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.