Seksyen 66
Obligasi kerahsiaan
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 67, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport dan alamat pemberi maklumat, atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat itu, dan bahan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat hendaklah disimpan rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan atau mana-mana orang yang dalam penjalanan biasa kewajipannya memiliki, atau mempunyai kawalan ke atas atau akses kepada, maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai cukai perkhidmatan yang hak.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Cukai Perkhidmatan 95