Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian XI · Perbicaraan dan Prosiding
70. Section 70
Feedback & supportTiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang,
98
Undang-Undang Malaysia dokumen, artikel atau benda dalam menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah bagi pemulangan barang, dokumen, artikel atau benda itu atau pembayaran nilai barang, dokumen, artikel atau benda itu, melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali.