Skip to content

Seksyen 67

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 91 of 124
Seksyen 67
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudiannya, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat, atau bahan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui.

(2)

Jika mana-mana dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini, mahkamah, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Beban pembuktian