Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian II · Peruntukan yang Terpakai bagi Pertubuhan Faedah Bersama Sahaja
22. Keanggotaan orang belum dewasa
Feedback & supportKaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar boleh mengadakan peruntukan bagi kemasukan seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun sebagai seorang anggota atau peyuran.
Mana-mana anggota atau peyuran itu boleh, jika dia berumur lebih daripada enam belas tahun, dengan sendirinya dan jika dia berumur kurang daripada itu, oleh ibu atau bapa atau penjaganya, menyempurnakan segala surat cara dan memberi
46
Undang-Undang Malaysia
segala penyelesaian yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah kaedah-kaedah itu, tetapi tidak boleh menjadi seorang anggota jawatankuasa, atau seorang pemegang amanah, setiausaha, pengurus atau bendahari bagi pertubuhan berdaftar itu.