Seksyen 36
Pembubaran pertubuhan berdaftar
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
ActIn forceProvision 43 of 79
Seksyen 36
Sesuatu pertubuhan berdaftar boleh tamat atau dibubarkan mengikut mana-mana cara yang berikut:
(a)
apabila berlaku mana-mana peristiwa yang ditetapkan oleh kaedah-kaedahnya sebagai terjumlah kepada tamatnya pertubuhan itu;
(b)
dengan persetujuan tiga perempat daripada anggota pertubuhan itu yang dinyatakan melalui tandatangan mereka pada suatu surat cara pembubaran;
(c)
oleh Pendaftar yang membatalkan pendaftaran pertubuhan itu di bawah seksyen 13 atau membubarkannya di bawah seksyen 37.