Seksyen 26
Audit
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap tahun mengemukakan akaunnya untuk diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan oleh Pendaftar pada amnya atau bagi apa-apa audit yang tertentu.
(2)
Juruaudit hendaklah mempunyai akses kepada semua buku dan akaun pertubuhan berdaftar itu dan hendaklah memeriksa penyata tahunan yang dikehendaki oleh Akta ini dan menentusahkan penyata tahunan itu dengan membandingkannya dengan akaun dan baucar yang berhubungan dengan penyata tahunan itu dan hendaklah sama ada menandatangani penyata tahunan itu yang didapatinya betul, disokong dengan sewajarnya dan mengikut undang-undang dan kaedah-kaedah pertubuhan berdaftar itu atau hendaklah khasnya melaporkan kepada pertubuhan berdaftar itu perkara yang didapatinya tidak betul, tidak disokong, atau tidak mengikut undang-undang.
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 832