Skip to content
In forceUpdated to 15 Nov 2021Read it in English

Bahagian II · Peruntukan yang Terpakai bagi Pertubuhan Faedah Bersama Sahaja

27. Permintaan bagi maklumat dan pemeriksaan buku dan dokumen oleh Pendaftar

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah memberi

Pendaftar atau Penolong Pendaftar apa-apa maklumat berkenaan dengan pertubuhan itu sebagaimana yang dikehendakinya pada bila-bila masa.

(2)

Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah, jika diminta secara bertulis oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar, mengemukakan bagi pemeriksaannya—

(a)

dokumen hakmilik bagi apa-apa harta yang dipegang oleh pertubuhan itu;

(b)

semua buku akaun dan daftar keanggotaan pertubuhan itu; dan

(c)

apa-apa minit prosiding pertubuhan itu atau rekod bertulis lain pertubuhan itu.

(3)

Setiausaha pertubuhan berdaftar hendaklah, apabila notis disampaikan kepada pertubuhan itu oleh Pendaftar atau Penolong

Pendaftar, memberi kuasa secara bertulis kepada bank yang akaun pertubuhan itu disimpan supaya menzahirkan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu akaun pertubuhan itu dan dokumen yang bersangkutan dengannya.

Report

Bahagian III

Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya

Schedules