Seksyen 38
Pembubaran oleh Pendaftar
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Jika didapati oleh Pendaftar daripada apa-apa maklumat dalam milikannya bahawa kumpulan wang sesuatu pertubuhan berdaftar yang mempunyai dua ribu anggota atau lebih tidak mencukupi untuk menunaikan tuntutan yang ada ke atasnya atau bahawa kadar caruman yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menampung faedah yang dijamin, Pendaftar boleh memerintahkan pertubuhan itu supaya melantik seorang juruaudit atau aktuari yang akan diluluskan olehnya untuk menyiasat hal ehwal atau sebahagian daripada hal ehwal pertubuhan itu, tetapi Pendaftar hendaklah memberikan tidak kurang daripada satu bulan notis terlebih dahulu secara bertulis kepada pertubuhan yang hal ehwalnya akan disiasat.
(2)
Jika apabila penyiasatan dijalankan didapati oleh Pendaftar bahawa kumpulan wang pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menunaikan tuntutan yang ada ke atasnya atau bahawa kadar caruman yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menampung faedah yang dijamin, Pendaftar boleh, jika dianggapnya suai manfaat untuk berbuat demikian, memerintahkan pertubuhan itu dibubarkan dan hal ehwalnya digulung dan hendaklah mengarahkan cara apa aset pertubuhan itu akan dibahagikan atau diuntukkan:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh menggantung perintahnya selama tempoh yang difikirkannya perlu untuk membolehkan pertubuhan itu membuat apa-apa perubahan atau penyesuaian mengenai caruman dan faedah yang akan, menurut hematnya, mengelakkan keperluan bagi membuat perintah pembubaran.
(3)
Pendaftar yang menjalankan tindakan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai segala kuasa dan autoriti yang boleh dikuatkuasakan dengan penalti yang sama seperti dalam hal sesuatu pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen 40.
(4)
Tiap-tiap perintah di bawah seksyen ini, sama ada bagi pembubaran atau pembahagian kumpulan wang, hendaklah mengikat pertubuhan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan ke atas semua anggota dan peyuran pertubuhan itu dan ke atas semua orang yang mempunyai apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu dan hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti suatu keputusan dalam sesuatu pertikaian di bawah seksyen 40.
(5)
Belanja bagi penyiasatan dan penyiaran perintah bagi pembubaran di bawah seksyen ini hendaklah dibayar daripada kumpulan wang pertubuhan itu sebelum apa-apa penguntukan lain dibuat daripada kumpulan wang itu.
Pertubuhan 55
(6)
Tiap-tiap perintah bagi pembubaran hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu dibuat, disiarkan dalam Warta dan jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran perintah itu, seseorang anggota atau peyuran atau orang yang mempunyai kepentingan mengenai atau yang mempunyai apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu tidak memulakan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran pertubuhan itu yang disebabkan oleh perintah itu, dan pembubaran itu tidak diketepikan, pertubuhan itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan mulai dari tarikh penyiaran perintah itu.