Seksyen 25
Pelantikan pemegang amanah
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah mempunyai seorang pemegang amanah atau lebih.
(2)
Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi seorang pemegang amanah pertubuhan berdaftar jika dia memegang jawatan setiausaha atau bendahari bagi pertubuhan berdaftar itu.
(3)
Seseorang pemegang amanah hendaklah dilantik dalam suatu mesyuarat pertubuhan berdaftar itu dan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi dalam mesyuarat itu.
(4)
Sesuatu pertubuhan berdaftar hendaklah menghantar kepada
Pendaftar suatu salinan tiap-tiap ketetapan yang melantik seorang pemegang amanah dan salinan itu hendaklah ditandatangani oleh pemegang amanah yang dilantik sedemikian dan oleh setiausaha pertubuhan berdaftar itu.