Seksyen 39
Notis prosiding untuk mengetepikan pembubaran
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
ActIn forceProvision 46 of 79
Seksyen 39
(1)
Jika seseorang menjalankan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran sesuatu pertubuhan berdaftar, dia hendaklah memberikan notis mengenai prosiding itu kepada
Pendaftar tidak kurang daripada tujuh hari sebelum prosiding itu dimulakan.
(2)
Jika sesuatu perintah dibuat oleh Mahkamah yang mengetepikan pembubaran sesuatu pertubuhan berdaftar, pertubuhan itu hendaklah memberikan notis mengenai perintah itu kepada
Pendaftar dalam masa tujuh hari selepas perintah itu dibuat.