Seksyen 104
Kuasa untuk mengecualikan
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(1)
Menteri boleh, jika didapatinya selaras dengan maksud
Akta ini atau demi kepentingan awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang, kenderaan, premis atau kemudahan pengurusan sisa pepejal atau mana-mana golongan orang, kenderaan, premis atau kemudahan pengurusan sisa pepejal daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan dia boleh mengubah atau menambah kepada syarat yang telah dinyatakan sedemikian.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 87
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian sedemikian tidak patut diberikan lagi.