Seksyen 105
Perlindungan Ketua Pengarah dan pegawai lain
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah,
Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik atau diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini; dan
(b)
mana-mana orang lain bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah,
Penolong Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya.