Seksyen 110
Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sedia ada
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(1)
Semua agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang, sebelum tarikh ditetapkan, diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk—
(a)
mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;
(b)
menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal; atau
(c)
mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan pembersihan awam, hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini untuk mengusahakan, menyediakan, menguruskan atau mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan yang disebut terdahulu selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh
Ketua Pengarah jika agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa tempatan atau orang diberi kuasa itu berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah selepas tarikh ditetapkan.
(2)
Pemberikuasaan yang diberikan kepada agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang disebut dalam subseksyen (1)
selepas tarikh ditetapkan.
(3)
Agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang boleh pada bila-bila masa sebelum habis tempoh pemberikuasaan itu memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini untuk terus—
(a)
mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;
92
Undang-Undang Malaysia
Akta 672
(b)
menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal; atau
(c)
mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan pembersihan awam, selepas habis tempoh pemberikuasaan itu.