Skip to content

Seksyen 111

Perjanjian dan perjanjian tambahan sedia ada

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 111 of 112
Seksyen 111

(1)

Seseorang hendaklah hanya diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian dan perjanjian tambahan berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam yang dibuat dengan mana-mana agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa tempatan selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah jika orang itu menyerah simpan suatu salinan perjanjian dan perjanjian tambahan yang diperakui dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pemberikuasaan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang disebut dalam subseksyen (1)

selepas tarikh ditetapkan.

(3)

Orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas menyerah simpan perjanjian dan perjanjian tambahannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikh penyerahsimpanan itu, memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya dengan Kerajaan Persekutuan dan pihak lain kepada perjanjian dan perjanjian tambahan itu supaya dapat menangani apa-apa isu kepentingan negara yang berbangkit dari tarikh ditetapkan.

(4)

Penentuan mengenai apa yang terjumlah sebagai isu kepentingan negara yang berbangkit dari tarikh ditetapkan hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 93

(5)

Jika pindaan dibuat apabila perjanjian atau perjanjian tambahan yang dirunding semula itu dimuktamadkan, Ketua

Pengarah hendaklah mendaftarkan perjanjian yang dipinda itu.

(6)

Walau apa pun peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, kegagalan seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini untuk memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi suatu alasan bagi pemberikuasaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibatalkan atau bagi suatu lesen di bawah Akta ini tidak diberikan kepada orang itu.

(7)

Jika suatu pemberikuasaan telah dibatalkan di bawah subseksyen (6) atau jika lesen tidak diberikan atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (6), Kerajaan Persekutuan, Menteri atau Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan—

(a)

untuk membayar apa-apa pampasan kepada; dan

(b)

bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau yang ditanggung oleh, orang yang tersentuh oleh pembatalan pemberikuasaan itu atau keengganan untuk memberikan lesen itu.