Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian I · Permulaan

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Strata 2013.

(2)

Akta ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan

Wilayah Persekutuan Labuan.

UNDANG-UNDANG malaysia

AKTA pengurusan strata 2013

Undang-Undang Malaysia 12

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan

Pihak Berkuasa Negeri bagi Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak

Berkuasa Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan—

(a)

bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan; dan

(b)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.

(4)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan

Putrajaya melalui pemberitahuan dalam Warta.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memperluas mana-mana peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan di dalam Negeri itu yang tidak berada di bawah mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan, dan boleh membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau pengubahan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud pemakaiannya bagi kawasan itu.

(6)

Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(7)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika pada pendapatnya ia tidak akan berlawanan dengan kepentingan awam dan kepentingan pembeli untuk berbuat demikian, menggantung kuat kuasa Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini di dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan lain selama apa-apa tempoh yang difikirkannya patut.

Pengurusan Strata 13

(8)

Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Report

Bahagian II

Pentadbiran Akta

Bahagian III

Urusan di dalam Bangunan atau Tanah yang Dicadangkan untuk Dipecah Bahagi Kepada Petak-Petak

Bahagian IV

Pengurusan Strata Sebelum Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V

Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules