Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 117, ia boleh, mengikut budi bicaranya, merujuk kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang—
yang timbul dalam penjalanan prosiding;
yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 126
yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.
Jika Tribunal merujuk apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,
Tribunal hendaklah membuat awardnya dengan menepati keputusan itu.
Bagi maksud seksyen ini, seorang Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara boleh hadir bagi pihak
Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi.