Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Insurans

93. Kewajipan untuk menginsuranskan bangunan

(1)

Mana-mana orang atau badan yang mempunyai kewajipan atau bertanggungjawab di bawah Akta ini untuk menyenggarakan dan menguruskan mana-mana bangunan hendaklah menginsuranskan bangunan itu di bawah suatu polisi kerosakan dengan penanggung insurans yang berlesen mengikut Bahagian ini.

(2)

Suatu polisi kerosakan ertinya suatu kontrak insurans yang memperuntukkan, sekiranya bangunan dimusnahkan atau dirosakkan oleh kebakaran, kilat, letupan, pecahan atau limpahan tangki air atau paip, angin ribut dan apa-apa kejadian lain yang dinyatakan dalam polisi itu, bagi—

(a)

pembinaan semula bangunan itu atau penggantiannya oleh suatu bangunan yang serupa sekiranya ia telah musnah supaya tiap-tiap bahagian bangunan yang dibina semula atau bangunan gantian itu berada dalam keadaan yang tidak lebih teruk atau tidak kurang menyeluruh daripada bahagian itu atau keadaannya apabila bahagian itu adalah baharu;

(b)

pembaikan kerosakan kepada, atau pemulihan bahagian bangunan yang rosak sekiranya ia telah rosak tetapi tidak musnah, supaya bahagian yang dibaiki atau dipulihkan itu berada dalam keadaan yang tidak lebih teruk atau tidak kurang menyeluruh daripada bahagian itu atau keadaannya apabila bahagian itu adalah baharu;

(c)

pembayaran perbelanjaan yang dilakukan bagi pembuangan puing; dan

(d)

saraan arkitek dan orang lain yang perkhidmatannya adalah perlu yang bersampingan dengan pembinaan semula, penggantian, pembaikan atau pemulihan.

Pengurusan Strata 113

(3)

Suatu polisi kerosakan boleh memperuntukkan bahawa, sebagai gantian kerja dan pembayaran yang dijalankan atau dibuat apabila berlakunya apa-apa kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (2), liabiliti penanggung insurans, apabila berlakunya apa-apa kejadian itu, adalah terhad kepada suatu jumlah yang dinyatakan dalam polisi itu yang tidak kurang daripada penilaian bagi bangunan itu sebagaimana yang ditentukan dalam seksyen 94.

Report

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules