Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VII · Deposit untuk Membaiki Kecacatan

92. Pemaju hendaklah membayar deposit untuk membaiki kecacatan pada harta bersama

(1)

Pemaju bagi sesuatu bangunan hendaklah mendepositkan wang tunai atau jaminan bank dengan Pesuruhjaya apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya bagi maksud menjalankan apa-apa kerja untuk membaiki apa-apa kecacatan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan selepas harta bersama itu disiapkan.

(2)

Deposit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar kepada Pesuruhjaya apabila milikan kosong diserahkan.

(3)

Pesuruhjaya boleh menggunakan deposit bagi maksud menjalankan apa-apa kerja yang perlu untuk membaiki apa-apa kerosakan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu.

(4)

Jika Pesuruhjaya telah menentukan bahawa deposit itu tidak mencukupi untuk membaiki kecacatan pada harta bersama itu,

Pesuruhjaya boleh mengarahkan pemaju supaya mendepositkan dalam masa empat belas hari apa-apa jumlah wang selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(5)

Mana-mana deposit yang tidak dibelanjakan hendaklah dibayar balik kepada pemaju apabila habis tempoh liabiliti cacat bagi kawasan pemajuan itu.

Undang-Undang Malaysia 112

(6)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules