Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian X · Penguatkuasaan
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian X · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pesuruhjaya boleh menyiasat pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
Pesuruhjaya boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaannya di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2).
Dalam apa-apa kes yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini dan bukan pengurangan baginya.
Bahagian XI