Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Pentadbiran Akta

4. Pelantikan Pesuruhjaya Bangunan, timbalan dan pegawai lain

(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, berkenaan dengan sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan lain, melantik seorang pegawai yang hendaklah dikenali sebagai

Pesuruhjaya Bangunan dan apa-apa bilangan Timbalan Pesuruhjaya

Bangunan dan pegawai lain yang perlu bagi maksud mentadbirkan dan menjalankan peruntukan Akta ini.

(2)

Pelantikan Pesuruhjaya Bangunan, mana-mana Timbalan

Pesuruhjaya Bangunan dan pegawai lain di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas Pihak Berkuasa

Negeri yang selaras dengan peruntukan Akta ini, Pesuruhjaya hendaklah menjaga pentadbiran Akta ini dan boleh melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan dan boleh menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas Pesuruhjaya yang selaras dengan peruntukan Akta ini, apa-apa kuasa yang diberikan dan kewajipan yang akan dilaksanakan oleh Pesuruhjaya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh mana-mana Timbalan

Pesuruhjaya atau pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1).

(5)

Pesuruhjaya boleh, berhubung dengan apa-apa perkara tertentu, mewakilkan secara bertulis semua atau mana-mana kuasanya atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Undang-Undang Malaysia 22

(6)

Mana-mana pewakilan di bawah subseksyen (5) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pesuruhjaya dan tidak boleh menghalang Pesuruhjaya daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan itu.

Report

Bahagian III

Urusan di dalam Bangunan atau Tanah yang Dicadangkan untuk Dipecah Bahagi Kepada Petak-Petak

Bahagian IV

Pengurusan Strata Sebelum Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V

Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules