Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 4
30. Daftar pemunya petak
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemaju, semasa tempoh pengurusan pemaju, atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, yang mengandungi butiran yang berikut berkenaan dengan semua petak di dalam kawasan pemajuan:
unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak;
luas lantai petak yang disebut dalam perenggan (a);
nama dan alamat tiap-tiap pemunya petak dan jika pemunya petak itu bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di
Malaysia yang pada alamat itu notis boleh disampaikan kepada pemunya petak itu; dan
nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pemunya petak dalam penjualan dan pembelian petak itu, jika ada.
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 56
Jika badan pengurusan bersama tidak mematuhi subseksyen (1), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan bersama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bersama bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—
kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI