Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bab 1

8. Unit syer yang diumpukkan

(1)

Jika penjualan sesuatu petak oleh pemaju telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan tiada unit syer diuntukkan kepada setiap petak oleh juruukur tanah berlesen pemaju, unit syer bagi setiap petak hendaklah diuntukkan oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai kewajipan atau bertanggungjawab di bawah Bahagian ini untuk menyenggarakan dan menguruskan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama mengikut formula yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan penguntukan itu hendaklah disifatkan sebagai unit syer yang diumpukkan bagi setiap petak apabila penguntukan itu difailkan dengan Pesuruhjaya.

Undang-Undang Malaysia 26

(2)

Unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak oleh juruukur tanah berlesen pemaju atau unit syer bagi setiap petak yang diuntukkan menurut subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak bagi maksud Bahagian ini sehinggalah unit syer bagi setiap petak diluluskan oleh Pengarah menurut seksyen 18 Akta Hakmilik Strata 1985.

Report

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V

Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules