Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian VIII · Insurans
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian VIII · Insurans
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika mana-mana harta bersama terhad disenggarakan dan diuruskan oleh suatu perbadanan pengurusan subsidiari, dan kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu tidak boleh diasingkan daripada premis utama bangunan yang disenggarakan atau diuruskan oleh perbadanan pengurusan—
perbadanan pengurusan itu hendaklah menginsuranskan bangunan itu di bawah suatu polisi kerosakan; dan
premium yang dibayar bagi insurans itu hendaklah dibahagikan antara perbadanan pengurusan subsidiari dengan perbadanan pengurusan itu mengikut unit syer bagi pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu terhadap unit syer agregat bagi pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan itu.
Undang-Undang Malaysia 114
Bagi maksud seksyen ini, “tidak boleh diasingkan daripada premis utama bangunan” ertinya bahawa kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari tidak wujud sebagai suatu struktur yang bebas, dan apa-apa kerosakan kepada struktur itu atau kemudahannya akan menjejaskan secara material kewujudan atau kebolehgunaan semua struktur lain di dalam kawasan sekitarnya.
Bahagian IX
Bahagian
Bahagian X
Bahagian XI