Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian X · Pelbagai

101. Kuasa mahkamah berhubung dengan perbicaraan secara tertutup, dsb

Feedback & support
(1)

Tempat yang dalamnya mana-mana mahkamah diadakan bagi maksud membicarakan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, atau mengadakan apa-apa siasatan, hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah terbuka dan awam yang orang awam pada amnya mempunyai akses:

Dengan syarat bahawa mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa perkara atau prosiding atau mana-mana bahagiannya secara tertutup jika mahkamah berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesesuaian atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian.

(2)

Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar foto mana-mana saksi dalam apa-apa perkara atau prosiding atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang hendak dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa perkara lain yang boleh membawa kepada

Mahkamah Rendah 29

pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report