Akta Mahkamah Rendah 1948 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X · Pelbagai
104. Kuasa Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret untuk memerintahkan pemindahan kausa atau perkara jenayah
Feedback & supportHakim Mahkamah Sesyen atau Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa dalam mana-mana kausa atau perkara jenayah, sama ada atau tidak dia mempunyai bidang kuasa pada akhirnya untuk mendengar dan memutuskan kausa atau perkara itu, untuk memerintahkan, dalam mana-mana kes yang kepentingan keadilan menghendaki sedemikian, bahawa kausa atau perkara itu dipindahkan ke mana-mana Mahkamah Sesyen atau Mahkamah
Majistret yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang pada pendapatnya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kausa atau perkara itu, dan kausa atau perkara itu boleh disambung dalam Mahkamah yang lain itu dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi bidang kuasa kepada mana-mana mahkamah yang kepadanya prosiding itu telah dipindahkan sedemikian, jika mahkamah itu selainnya tidak akan mempunyai bidang kuasa berkenaan dengannya.