Akta Mahkamah Rendah 1948 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X · Pelbagai
102. Hukuman dalam hal sabitan bagi beberapa kesalahan dalam satu perbicaraan
Feedback & supportApabila seseorang disabitkan dalam satu perbicaraan atas mana-mana dua kesalahan yang berlainan atau lebih Mahkamah
Majistret boleh menjatuhinya bagi kesalahan itu beberapa hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu yang mahkamah itu berwibawa untuk mengenakan, hukuman itu apabila terdiri daripada pemenjaraan hendaklah bermula selepas tamatnya hukuman yang satu lagi itu mengikut susunan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah, atau hendaklah berjalan serentak jika mahkamah mengarahkan sedemikian, tetapi tidaklah perlu bagi mahkamah, semata-mata oleh sebab agregat hukuman bagi beberapa kesalahan itu melebihi hukuman yang mahkamah itu berwibawa untuk mengenakan atas sabitan satu kesalahan, menghantar pesalah itu untuk dibicarakan di hadapan mahkamah yang lebih tinggi:
Dengan syarat bahawa—
orang itu tidak sekali-kali boleh dihukum dengan tempoh pemenjaraan yang terjumlah secara agregat lebih dari dua puluh tahun;
agregat hukuman itu tidak boleh melebihi dua kali ganda amaun hukuman yang mahkamah itu dalam menjalankan bidang kuasa biasanya berwibawa untuk mengenakan hukuman itu; dan
apabila pemenjaraan diarahkan kerana tidak membayar denda atau kos atau pampasan yang diperintahkan di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, pemenjaraan itu hendaklah menuruti apa-apa tempoh pemenjaraan lain yang diarahkan sedemikian dan apa-apa hukuman pemenjaraan yang selainnya dikenakan.
30
Undang-Undang Malaysia