Skip to content

Seksyen 66

Tuntutan balas dalam Mahkamah Sesyen dan pemindahan daripadanya

of Akta Mahkamah Rendah 1948

ActIn forceProvision 11 of 30
Seksyen 66
(1)

Jika dalam apa-apa tindakan atau guaman daripada jenis sivil di hadapan Mahkamah Sesyen apa-apa pembelaan atau tuntutan balas defendan melibatkan perkara di luar bidang kuasa Mahkamah itu, pembelaan atau perkara itu tidak boleh menjejaskan kewibawaan atau tugas Mahkamah Sesyen untuk melupuskan kesemua perkara yang kontroversi, setakat yang berhubungan dengan tuntutan plaintif dan apa-apa pembelaan terhadapnya, tetapi tiada relief melebihi relief yang boleh diawardkan oleh Mahkamah itu menurut bidang kuasanya boleh diberikan kepada defendan atas tuntutan balas itu.

(2)

Dalam apa-apa hal sedemikian Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya tindakan atau guaman itu dipindahkan ke

Mahkamah Tinggi, dan tindakan atau guaman itu hendaklah kemudiannya dimasukkan ke dalam buku kausa atau daftar guaman sivil Mahkamah Tinggi, dan diteruskan seolah-olah tindakan atau guaman itu telah dimulakan di dalamnya pada asalnya.